
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Hadir Istiadat Penganugerahan P J P N Kontinjen Melaka
Melaka, 26 September 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim hadir ke Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) Kontinjen...
Melaka, 26 September 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim hadir ke Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) Kontinjen Melaka bersempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam di sini, pagi tadi.
Penganugerahan P.J.P.N. ini adalah sebagai tanda menghargai jasa kepahlawanan dan pengorbanan para petugas Polis Diraja Malaysia yang telah menabur bakti kepada negara semasa era darurat.
Hadir sama, Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Hj. Zainol Hj. Samah bersama timbalannya, SAC Md Nazri Zawawi dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Hal Ehwal Pesara Polis kontinjen Melaka, SAC Zailanni Amit.
Sumber: Polis Melaka