Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Hadir Istiadat Penganugerahan P J P N Kontinjen Melaka

Published: 26 Sep 2023 1.25 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Melaka, 26 September 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim hadir ke Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) Kontinjen Melaka bersempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-pengurusan-hadir-istiadat-penganugerahan-p-j-p-n-kontinjen-melaka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:26 MYT
Melaka, 26 September 2023 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim hadir ke Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) Kontinjen Melaka bersempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Mohd Rustam di sini, pagi tadi.

Istiadat yang berlangsung di Balai Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali. Seramai 165 penerima terdiri daripada pegawai kanan polis yang masih berkhidmat dalam Pasukan, pesara polis dan waris pesara menerima pingat dalam majlis tersebut.

Penganugerahan P.J.P.N. ini adalah sebagai tanda menghargai jasa kepahlawanan dan pengorbanan para petugas Polis Diraja Malaysia yang telah menabur bakti kepada negara semasa era darurat.

Hadir sama, Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Hj. Zainol Hj. Samah bersama timbalannya, SAC Md Nazri Zawawi dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Hal Ehwal Pesara Polis kontinjen Melaka, SAC Zailanni Amit.

Sumber: Polis Melaka
ArticlePublished 26 Sep 2023 1.25 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM