
Article
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Antara Individu Dikurnia Darjah Kebesaran Membawa Gelaran Datuk Wira
Melaka, 27 Ogos 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass dikurniakan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) yang membawa gelaran 'Datuk Wira' dalam Ist...
Melaka, 27 Ogos 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass dikurniakan Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M.) yang membawa gelaran 'Datuk Wira' dalam Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Tahun 2022 yang berlangsung di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh bersempena Sambutan Hari Jadi ke-73 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, siang tadi.
Turut dikurniakan dalam istiadat tersebut ialah Anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) membawa gelaran ‘Datuk’ iaitu, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, SAC Datuk Mohd Sukri Kaman dan Penolong Pengarah E4, Cawangan Khas, Bukit Aman, SAC Datuk Zahib Sabari.
Seluruh warga PDRM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pengarah Pengurusan dan semua Pegawai Kanan PDRM yang dianugerahkan darjah kebesaran negeri Melaka dalam istiadat tersebut.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#27082022