
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Adakan Lawatan Kerja Ke Politeknik Merlimau
Jasin, 6 Januari 2025 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid mengadakan lawatan kerja rasminya ke Politeknik Merlimau, di sini, pagi tadi. Keti...
Jasin, 6 Januari 2025 – Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid mengadakan lawatan kerja rasminya ke Politeknik Merlimau, di sini, pagi tadi.
Ketibaan beliau dengan diiringi Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato’ Ts. Azizee Ismail, telah disambut oleh Pemangku Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Md Nazri Zawawi bersama Pengarah Politeknik Merlimau, Leftenan Kolonel Norizam Sekak dan Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Hj. Mat.
Tentatif lawatan dimulakan dengan kunjungan hormat ke atas Leftenan Kolonel Norizam di pejabatnya, sebelum diteruskan dengan sesi tinjauan tapak bagi penganjuran program kepolisan di politeknik berkenaan.
Lawatan tersebut bertujuan menilai kesesuaian lokasi dari segi logistik dan kapasiti fasiliti sempena Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Masyarakat Melaka Tahun 2025 yang dijadualkan berlangsung pada Februari depan.
Hadir sama, Penolong Pengarah Pengurusan Urusetia Bukit Aman, ACP Nor Riza Maishah, Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi) Bukit Aman, ACP Ahmad Rahim Dollah, Pengarah Muzium Kepolisan, ACP Mohd Sabri Hj. Abdul Kadir dan Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, ACP Aniesa Hanum Ahamad.