
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Adakan Lawatan Kerja Ke Ipd Klia
Sepang, 18 November 2021 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lumpur International...
Sepang, 18 November 2021 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lumpur International Airport (KLIA) di sini, semalam.
Lawatan tersebut bertujuan untuk bertemu dengan warga kerja IPD KLIA di samping menyampaikan nasihat dan amanat agar sentiasa komited serta berintegriti ketika melaksanakan tugas sekali gus mewujudkan imej positif Pasukan kepada masyarakat.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah (KPD), ACP Tuan Imran Abdul Rahman, Pemangku Timbalan KPD, DSP Balloo Muniappann dan sebahagian warga kerja IPD KLIA.