
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Pengurusan Adakan Lawatan Kerja Di Ipd Segamat
Segamat, 13 Julai 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Batu Anam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Jo...
Segamat, 13 Julai 2022 - Pengarah Pengurusan, CP Datuk Zaini Jass mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Batu Anam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Johor, di sini, semalam.
Ketibaan beliau bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Datin Hjh. Hairiah Hj. Mohd Tahir, telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh.
Beliau turut meluangkan masa melawat warga kerja dan pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar kawasan Batu Anam, Segamat selain menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan buat mereka. Lawatan tersebut diakhiri dengan kunjungan beliau ke Pusat Latihan Polis Segamat.
Hadir sama Ketua Penolong Pengarah, (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik), Jabatan Pengurusan PDRM, SAC Hjh. Nor Ashikin Abdul Razak, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai dan warga IPD Segamat.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#13072022