
Kuala Nerang, 22 September 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim menziarahi Puan Zaleha Hamid, balu kepada seorang anggota polis, Allahyarham Sarjan Zulpusparosdi Mamat yang meninggal dunia pada 27 Mac lalu akibat kegagalan buah pinggang dan lemah jantung.
Allahyarham Sarjan Zulpusparosdi yang sebelum ini bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasatan Trafik, Polis Padang Terap turut meninggalkan empat orang cahaya mata.
Selain memberikan kata-kata semangat, Datuk Wira Mat Kasim turut menyampaikan sumbangan buat ahli keluarga Allahyarham.