
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jspt Sempurnakan Majlis Pelancaran Advokasi Op Selamat 26 Sempena Hari Raya Aidilfitri
Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan pelaksanaan Op Selamat 26 dengan mengangkat tema “Kongsi Perjalanan...
Kuala Lumpur, 18 Mac 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Advokasi Op Selamat 26 Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 yang berlangsung di hadapan Kompleks Sogo, di sini, semalam.
Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan pelaksanaan Op Selamat 26 dengan mengangkat tema “Kongsi Perjalanan, Kongsi Keselesaan dan Keselamatan Diutamakan”.
Operasi ini memberi penekanan kepada konsep Pre-Emptive Services and Total Enforcement dengan tumpuan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, khususnya kemalangan maut di samping memastikan kelancaran trafik sepanjang musim perayaan melalui kehadiran anggota secara proaktif, rondaan berkala, advokasi keselamatan serta penguatkuasaan menyeluruh.
Pelaksanaan Op Selamat 26 turut diperkukuhkan melalui kerjasama strategik bersama Telekom Malaysia (TM), PERKESO, FELDA dan FGV dalam usaha mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya serta mengamalkan pemanduan berhemah.
Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Fadil Hj. Marsus, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Pengurusan Saman/Kawalan Lalu Lintas) JSPT Bukit Aman, DCP Mohd Rozi Jidin, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif FGV Holdings Berhad, Tuan Hj. Mohamad Fadzil Hitam, Naib Presiden Perniagaan Kerajaan TM One, Mohamed Faisal Naina Mohamed, wakil-wakil agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.