Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jspt Sampaikan Amanat Kepada Peserta Kursus Dalam Majlis After Dinner Talk

Published: 18 Jan 2024 8.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 18 Januari 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri telah meluangkan masa bersama 30 orang peserta yang sedang menjalani Kursus Penguatkuasaan Trafik Siri 1/2024 dalam Majlis ‘After Dinner Talk’ di Dewan Kenyalang, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jspt-sampaikan-amanat-kepada-peserta-kursus-dalam-majlis-after-dinner-talk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:00 MYT
Kuala Lumpur, 18 Januari 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri telah meluangkan masa bersama 30 orang peserta yang sedang menjalani Kursus Penguatkuasaan Trafik Siri 1/2024 dalam Majlis ‘After Dinner Talk’ di Dewan Kenyalang, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.

Dalam perjumpaan tersebut, Dato’ Mohd Azman mengingatkan para peserta untuk mempraktikkan budaya kerja yang ikhlas, fokus, komited dan sentiasa meningkatkan mutu penyampaian yang berkualiti kepada masyarakat.

Dalam amanatnya, beliau turut menekankan kepentingan integriti dan tatakelola yang baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pegawai penyiasat.
Hadir sama, Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana Maktab PDRM Kuala Lumpur, SAC Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Penguatkuasaan JSPT Bukit Aman, Superintendan Khairul Azhar Ismail, KPP Pengurusan Saman JSPT Bukit Aman, Superintendan Fauzi Osman serta Superintendan Pengajian Sains Tugas Am dan Trafik, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Superintendan Chua Kok Lian.

ArticlePublished 18 Jan 2024 8.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM