
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jspt Sampaikan Amanat Kepada Peserta Kursus Dalam Majlis After Dinner Talk
Kuala Lumpur, 18 Januari 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri telah meluangkan masa bersama 30 or...
Kuala Lumpur, 18 Januari 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri telah meluangkan masa bersama 30 orang peserta yang sedang menjalani Kursus Penguatkuasaan Trafik Siri 1/2024 dalam Majlis ‘After Dinner Talk’ di Dewan Kenyalang, Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam.
Dalam amanatnya, beliau turut menekankan kepentingan integriti dan tatakelola yang baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pegawai penyiasat.
Hadir sama, Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana Maktab PDRM Kuala Lumpur, SAC Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Penguatkuasaan JSPT Bukit Aman, Superintendan Khairul Azhar Ismail, KPP Pengurusan Saman JSPT Bukit Aman, Superintendan Fauzi Osman serta Superintendan Pengajian Sains Tugas Am dan Trafik, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Superintendan Chua Kok Lian.