Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jspt Adakan Lawatan Kerja Ke Jspt Kuala Lumpur

Published: 30 Aug 2021 1.19 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: JSPT KL
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jspt-adakan-lawatan-kerja-ke-jspt-kuala-lumpur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:09 MYT
Posting Pilihan Pengarah Jspt Adakan Lawatan Kerja Ke Jspt Kuala Lumpur
Home / Article / Posting Pilihan Pengarah Jspt Adakan Lawatan Kerja Ke Jspt Kuala Lumpur
Back to Library
Article

Posting Pilihan Pengarah Jspt Adakan Lawatan Kerja Ke Jspt Kuala Lumpur

Sumber: JSPT KL
Kuala Lumpur, 30 Ogos 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Azisman Alias telah mengadakan lawatan kerja ke JSPT Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Kunjungan tersebut merupakan kesinambungan kepada siri lawatan kerja rasmi beliau ke kontinjen-kontinjen seluruh negara.

Selain beramah mesra dan memberikan amanat kepada warga JSPT Kuala Lumpur, Dato' Azisman turut berkesempatan menyampaikan sijil penghargaan kepada warga kerja JSPT Kuala Lumpur yang telah mempamerkan kecemerlangan dalam tugas termasuk dua anggota JSPT iaitu Lans Koperal Hafizul Khalis Anuar dan Konstabel Wan Muhammad Hazleeshah Wan Hasbullah atas keberanian mereka menyelamatkan tiga beranak yang terperangkap dalam banjir kilat di Sungai Klang, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Tuan Sarifudin Mohd Salleh, Ketua Urus Setia JSPT Bukit Aman, ACP Tuan Shahrum Hashim dan para pegawai kanan polis.

Sumber: JSPT KL

ArticlePublished 30 Aug 2021 1.19 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM