Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jspt Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Kedah

Published: 12 Nov 2024 8.24 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) JSPT Bukit Aman, ACP Fauzi Osman dan barisan Ketua JSPT IPK Kedah, Perlis serta Pulau Pinang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jspt-adakan-lawatan-kerja-ke-ipk-kedah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:09 MYT
POSTING PILIHAN: PENGARAH JSPT ADAKAN LAWATAN KERJA KE IPK KEDAH

Alor Setar, 12 November 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, pagi tadi.
Lawatan tersebut bersempena perjumpaan beliau bersama warga JSPT Kontinjen Kedah selain menyampaikan amanat kepada warga jabatannya untuk sentiasa memperkasakan penguatkuasaan dan siasatan.

Turut berlangsung dalam majlis sama ialah penyampaian sijil penghargaan kepada 75 penerima atas kecemerlangan tugas yang dipamerkan dan sumbangan kebajikan kepada empat warga kerja JSPT Kontinjen Kedah.
Terdahulu, telah diadakan sesi kunjungan hormat antara Dato' Sri Mohd Yusri dengan Ketua Polis negeri, CP Dato’ Fisol Salleh dengan diiringi timbalannya, DCP Adzli Abu Shah di pejabatnya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) JSPT Bukit Aman, ACP Fauzi Osman dan barisan Ketua JSPT IPK Kedah, Perlis serta Pulau Pinang.

Sumber: Polis Kedah

ArticlePublished 12 Nov 2024 8.24 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM