
Artikel
POSTING PILIHAN: PENGARAH JSPT ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KP KELANTAN
Kota Bharu, 23 September 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri mengadakan kunjungan horma...
Kota Bharu, 23 September 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Kelantan, CP Dato' Hj. Mohd Yusoff Mamat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, pagi tadi.
Pertemuan tersebut bersempena lawatan kerja rasmi beliau ke kontinjen berkenaan dalam memperkukuh penugasan dan penguatkuasaan trafik demi keselamatan jalan raya dan kesejahteraan masyarakat.
Hadir sama, Ketua Cawangan Khas IPK Kelantan, SAC Azli Amin, Ketua Urus Setia JSPT Bukit Aman, ACP Rahmat Ariffin, Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kelantan, ACP Nazli Mamat dan barisan Ketua Penolong Pengarah JSPT Bukit Aman.