
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jspt Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Pengarah Aadk
Kajang, 4 Ogos 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua...
Kajang, 4 Ogos 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh di Ibu Pejabat AADK, di sini, semalam.
Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta mempereratkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia, khususnya JSPT dengan AADK dalam usaha memperkasakan pencegahan penyalahgunaan dadah, penguatkuasaan undang-undang dan perkongsian kepakaran serta amalan terbaik yang memberi manfaat kepada kedua-dua agensi.
Pertemuan itu turut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa berkaitan keselamatan dan penguatkuasaan, di samping meneroka inisiatif kerjasama yang lebih menyeluruh pada masa hadapan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat serta memperkukuh keselamatan negara.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT, DCP Mohd Rozi Jidin, Ketua Urus Setia JSPT Bukit Aman, ACP Shankar Sanrakasa dan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JSPT, Superintenden Khairul Azhar Ismail.