Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jspt Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Pengarah Aadk

Published: 04 Aug 2026 8.48 AM Updated: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kajang, 4 Ogos 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh di Ibu Pejabat AADK, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jspt-adakan-kunjungan-hormat-ke-atas-ketua-pengarah-aadk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:01 MYT

Kajang, 4 Ogos 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dato’ Ruslin Jusoh di Ibu Pejabat AADK, di sini, semalam.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan strategik serta mempereratkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia, khususnya JSPT dengan AADK dalam usaha memperkasakan pencegahan penyalahgunaan dadah, penguatkuasaan undang-undang dan perkongsian kepakaran serta amalan terbaik yang memberi manfaat kepada kedua-dua agensi.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa berkaitan keselamatan dan penguatkuasaan, di samping meneroka inisiatif kerjasama yang lebih menyeluruh pada masa hadapan bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat serta memperkukuh keselamatan negara.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT, DCP Mohd Rozi Jidin, Ketua Urus Setia JSPT Bukit Aman, ACP Shankar Sanrakasa dan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JSPT, Superintenden Khairul Azhar Ismail.

ArticlePublished 04 Aug 2026 8.48 AMUpdated 21 Aug 2026 4.43 PM