Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Terima Kunjungan Hormat Pegawai Perhubungan Polis New Zealand Di Kuala Lumpur

Published: 06 Sep 2021 2.01 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Lawatan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama yang dijalinkan antara Polis Diraja Malaysia khususnya JSJN dengan pihak Polis New Zealand selain membincangkan isu-isu berkaitan dadah melibatkan dua buah negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-terima-kunjungan-hormat-pegawai-perhubungan-polis-new-zealand-di-kuala-lumpur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:24 MYT
Kuala Lumpur, 6 September 2021 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Razarudin Husain berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Perhubungan Polis New Zealand di Kuala Lumpur, Mr. Michael James Foster di pejabatnya dekat Bukit Aman, pagi tadi.

Lawatan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama yang dijalinkan antara Polis Diraja Malaysia khususnya JSJN dengan pihak Polis New Zealand selain membincangkan isu-isu berkaitan dadah melibatkan dua buah negara.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) DCP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), SAC Tuan Maidu Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta), SAC Tuan M Kumar S Muthuvelu dan Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa), SAC Tuan Mohd Rozi Jidin.

May be an image of 3 people and indoor

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and text

ArticlePublished 06 Sep 2021 2.01 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM