Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Terima Kunjungan Hormat Delegasi Dppm Dan Pakar Antarabangsa

Published: 04 Nov 2025 12.11 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bukit Aman, 3 November 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato’ Hussein Omar Khan menerima kunjungan hormat daripada Drug Policy Program Malaysia (DPPM) bersama pakar antarabangsa dari Portugal dan United Kingdom di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-terima-kunjungan-hormat-delegasi-dppm-dan-pakar-antarabangsa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:55 MYT


Bukit Aman, 3 November 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Dato’ Hussein Omar Khan menerima kunjungan hormat daripada Drug Policy Program Malaysia (DPPM) bersama pakar antarabangsa dari Portugal dan United Kingdom di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, di sini, pagi tadi.

Kunjungan tersebut menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara JSJN dan pakar antarabangsa melalui perbincangan strategik mengenai pendekatan penguatkuasaan dadah, dasar semasa serta amalan terbaik antarabangsa dalam menangani isu penyalahgunaan dadah.

Turut hadir, barisan Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, barisan Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah Narkotik JSJN Bukit Aman serta barisan pegawai DPPM.

ArticlePublished 04 Nov 2025 12.11 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM