Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Terima Kunjungan Delegasi Jpkp Bnm Perkukuh Kerjasama Perisikan Kewangan

Diterbitkan: 15 Dec 2025 2.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 11 Disember 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan (JPKP) Bank Negara Malaysia (BNM) di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-terima-kunjungan-delegasi-jpkp-bnm-perkukuh-kerjasama-perisikan-kewangan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 20:55 MYT

Kuala Lumpur, 11 Disember 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan (JPKP) Bank Negara Malaysia (BNM) di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini, semalam.

Kunjungan yang diketuai Pengarah JPKP, Puan Zarifa Izan Zainol Abidin itu menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan strategik kedua-dua pihak, khususnya dalam perisikan kewangan, pengesanan aliran kewangan sindiket dan sokongan terhadap tindakan pelucuthakan harta yang merupakan elemen utama melemahkan keupayaan operasi jenayah narkotik.

Turut hadir Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali dan para pegawai JSJN Bukit Aman.

ArtikelDiterbitkan 15 Dec 2025 2.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM