
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Sempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Plak Konstabel Bil 73 Siri 8 2024 Pulapol Kuching
Kuching, 7 Disember 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Seri Khaw Kok Chin hari ini menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Prog...
Kuching, 7 Disember 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Seri Khaw Kok Chin hari ini menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel Bilangan 73 Siri 8/2024 di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, di sini.
Beliau turut mengingatkan para pelatih agar sentiasa berusaha untuk memajukan diri masing-masing demi pembangunan kerjaya dan memanfaatkan teknologi terkini ketika menjalankan tugasan di lapangan kelak.
Kemuncak majlis menyaksikan Dato' Seri Khaw menyampaikan sijil bagi Pelatih Terbaik Akademik dan Latihan Luar serta Pelatih Terbaik Keseluruhan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tempoh program.
Hadir sama, Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato Mancha Ata, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Datuk Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar dan Komandan PULAPOL Kuching, SAC Zulfikar Mohd Ghazali.