Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Sampaikan Amanat Kepada Warga Kerja Jsjn Pulau Pinang

Diterbitkan: 18 Apr 2024 10.53 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.18 PM
Georgetown, 18 April 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin mengadakan lawatan kerja bagi menyampaikan amanat dan sijil penghargaan kepada warga kerja JSJN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-sampaikan-amanat-kepada-warga-kerja-jsjn-pulau-pinang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:27 MYT
Georgetown, 18 April 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin mengadakan lawatan kerja bagi menyampaikan amanat dan sijil penghargaan kepada warga kerja JSJN di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Ketibaan beliau disambut Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato' Mohd Alwi Zainal Abidin.

Dalam amanatnya, beliau turut menekankan kepentingan integriti dan tatakelola yang baik dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penyelia kepada pegawai dan anggota seliaan masing-masing selain memupuk semangat kerjasama tinggi bagi menghasilkan kejayaan yang lebih cemerlang kepada jabatan serta Pasukan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Narkotik (Penguatkuasaan/Pencegahan/Kepolisan Am) Bukit Aman, SAC Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali, Ketua JSJN IPK Pulau Pinang, ACP Mohd Shukhairy Abd Sabhe.

ArtikelDiterbitkan 18 Apr 2024 10.53 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.18 PM