
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Lakukan Kunjungan Hormat Ke Atas Pjp Sabah
Kota Kinabalu, 14 Februari 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesur...
Kota Kinabalu, 14 Februari 2026 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, CP Datuk Jauteh Dikun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini semalam.
Kunjungan tersebut diadakan sempena pertemuan bersama warga Kontinjen Sabah, di samping membincangkan pelbagai isu semasa, khususnya yang melibatkan operasi dan cabaran JSJN di negeri berkenaan.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali.
WSumber: Polis Sabah