
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Lakukan Kunjungan Hormat Ke Atas Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
Putrajaya, 12 September 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pe...
Putrajaya, 12 September 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Zakaria Shaaban di pejabatnya, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di sini, semalam.
Kunjungan tersebut diadakan untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara JSJN dengan JIM, khususnya dalam aspek perkongsian maklumat, kerjasama operasi serta membincangkan isu-isu semasa berkaitan keselamatan negara.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi), JSJN Bukit Aman, DCP Datuk Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali dan Timbalan Pengarah Narkotik (Perlucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan), JSJN Bukit Aman, DCP Mohd Zani Che Din.
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik




