Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Hadir Program Sspdk Aadk Tahun 2023

Published: 26 Oct 2023 2.34 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din hadir ke Program Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tahun 2023 di Hotel Sunway Putra, di sini petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-hadir-program-sspdk-aadk-tahun-2023
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:57 MYT
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Sri Mohd Kamarudin Md Din hadir ke Program Simposium Sains Penagihan Dadah Kebangsaan (SSPDK) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tahun 2023 di Hotel Sunway Putra, di sini petang tadi.

Simposium yang bertemakan “Mendakap Teknologi, Melindungi Masyarakat Malaysia Dari Dadah” itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman yang mewakili Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung Pelancaran Tabung Kemanusian Palestin yang disertai oleh wakil jabatan dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) di seluruh negara melalui aplikasi Zoom. Inisiatif tersebut dilaksanakan oleh KDN bagi menzahirkan keprihatinan dan tanda solidariti serta semangat kemanusiaan dalam kalangan warga kerjanya terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Hadir sama, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Tuan Sutekno Ahmad Belon dan wakil agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, kedutaan dan ahli akademik.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri

ArticlePublished 26 Oct 2023 2.34 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM