
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Hadir Mesyuarat Kumpulan Kerja Dan Isu Sempadan Di Jakarta
Jakarta, 29 November 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Seri Khaw Kok Chin menghadiri Mesyuarat Kumpulan Kerja dan Isu Sempadan...
Jakarta, 29 November 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Seri Khaw Kok Chin menghadiri Mesyuarat Kumpulan Kerja dan Isu Sempadan bersama Direktorat Tindak Pidana Narkoba Bareskrim di Ibu Pejabat Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) di sini, semalam.
Antara intipati mesyuarat adalah membincangkan mengenai masalah penyeludupan dadah di kawasan sempadan Malaysia-Indonesia, selain meningkatkan kawalan sempadan bagi memerangi aktiviti penyeludupan serta pengedaran dadah antara sempadan.
Turut hadir, Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) JSJN Bukit Aman, ACP Mohd Zaki Ahsar dan Ketua JSJN Kontinjen Sarawak, ACP Mustafa Kamal Ghani Abdullah.