Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Hadir Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bersama Kdn Dan Kkm

Published: 11 Jun 2024 12.17 PM Updated: 15 Aug 2026 8.09 PM
Kuala Lumpur, 11 Jun 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi membincangkan cadangan Pindaan Akta Penagih Dadah (APD) (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pullman, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-hadir-mesyuarat-jawatankuasa-khas-bersama-kdn-dan-kkm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:57 MYT
Kuala Lumpur, 11 Jun 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas bagi membincangkan cadangan Pindaan Akta Penagih Dadah (APD) (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pullman, hari ini.

Mesyuarat yang diadakan bertujuan membincangkan isu-isu berbangkit dalam cadangan pindaan APD 1983 melibatkan KDN dan KKM lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 April 2024.

Hasil perbincangan akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas 2024 akan datang selepas dibawa kepada Peringkat Jemaah Menteri.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hj. Dzulkefly Ahmad, Ketua Setiusaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi dan Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman.


May be an image of 11 people, dais and text

May be an image of 10 people, table and text

May be an image of 7 people, dais and text

May be an image of 13 people and dais

May be an image of 10 people, dais and text
ArticlePublished 11 Jun 2024 12.17 PMUpdated 15 Aug 2026 8.09 PM