
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsjn Hadir Ke Sesi Bicara Tokoh Sempena Festival Buku Langkawi 2023
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM
Langkawi, 26 Februari 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir ke sesi bicara tokoh bersempena Festival Buku Langkawi 2023 di Langkawi Fair Shopping Mall, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, ACP Mohd Taufik Maidin, Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari, Ketua Sektor Pengurusan dan Perancangan, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Puan Norfardilla Mohd Nor dan Ketua Sektor Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Puan Norshahila Hashim.