Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjn Hadir Himpunan Aspirasi Madani Akrab

Published: 14 Jun 2024 2.14 PM Updated: 15 Aug 2026 8.09 PM
Putrajaya, 14 Jun 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin pagi tadi menghadiri Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa, dekat sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjn-hadir-himpunan-aspirasi-madani-akrab
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:57 MYT
Putrajaya, 14 Jun 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Khaw Kok Chin pagi tadi menghadiri Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa, dekat sini.
Program himpunan tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim dan menghimpunkan hampir 10,000 pegawai awam seluruh Malaysia.
Bertemakan "H.E.M.A.T: Menyantuni Hasrat, Membina Citra", himpunan AKRAB kali ini berfokuskan kepada tiga prinsip dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai awam iaitu MEMUDAHKAN (Facilitate) urusan pemegang taruh dan pelanggan, MENYESUAIKAN (Accommodate) cara kerja selari dengan agenda kerajaan dan MENYEGERAKAN (Accelerate) pelaksanaan segala keputusan kerajaan selaras dengan nilai-nilai H.E.M.A.T. iaitu Hijrah Tata Kelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran.
Hadir sama, Timbalan PM merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj. Fadillah Yusof, beberapa barisan Jemaah Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, Timbalan Pengarah (Integriti), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, DCP Dato' Fadzil Ahmat.

ArticlePublished 14 Jun 2024 2.14 PMUpdated 15 Aug 2026 8.09 PM