Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jsjk Terima Kunjungan Hormat Delegasi Shopee Malaysia Sdn Bhd

Published: 06 Mar 2024 7.58 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf menerima kunjungan hormat daripada delegasi Shopee Malaysia Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi SEA Malaysia (Syarikat Induk Shopee), Mr Terence Siau di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjk-terima-kunjungan-hormat-delegasi-shopee-malaysia-sdn-bhd
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:46 MYT
Kuala Lumpur, 6 Mac 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf menerima kunjungan hormat daripada delegasi Shopee Malaysia Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi SEA Malaysia (Syarikat Induk Shopee), Mr Terence Siau di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini kelmarin.

Antara objektif kunjungan tersebut ialah bagi menjalin kerjasama strategik bersama agensi swasta terutamanya penyedia platfom e-Dagang seperti Shopee Malaysia dalam merancakkan lagi kempen Anti-Scam.
Shopee Malaysia juga berbesar hati menyampaikan sumbangan bahan-bahan kempen pencegahan jenayah siber kepada JSJK sebagai tanda sokongan bagi menjayakan kempen Anti-Scam.

Sebagai tanda penghargaan dan komitmen sebagai rakan strategik, Dato’ Sri Ramli telah menganugerahkan sijil penghargaan kepada Shopee Malaysia.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Siasatan) JSJK Bukit Aman, DCP Dato' Rohaimi Md. Isa dan para pegawai kanan JSJK.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil – JSJK PDRM

ArticlePublished 06 Mar 2024 7.58 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM