Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsjk Hadir Program W A D 99th Annual Conference 2024

Diterbitkan: 28 Sep 2024 1.14 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjk-hadir-program-w-a-d-99th-annual-conference-2024
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:56 MYT
POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJK HADIR PROGRAM W.A.D 99th ANNUAL CONFERENCE 2024

Kuala Lumpur, 28 September 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf menghadiri Program World Association of Detectives (W.A.D) 99th Annual Conference 2024 di Hotel Grand Hyatt, di sini, semalam.

Program anjuran World Association of Detectives, Inc. itu berlangsung selama enam hari yang bermula dari 24 lalu sehingga 29 September depan.
Dato' Sri Ramli turut berkesempatan menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Battle Against Online-Fraud and Scams Across Southeast Asia", yang menekankan pentingnya badan penguatkuasa untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan terutamanya dalam teknologi terkini termasuklah Kecerdasan Buatan (AI), selain perkongsian pengalaman, kepakaran dan teknologi di antara negara serantau bagi memerangi jenayah dalam talian.

ArtikelDiterbitkan 28 Sep 2024 1.14 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM