Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jsjk Hadir Program Unodc Regional Women In Cryptocurrency Summit

Diterbitkan: 10 Sep 2024 10.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jsjk-hadir-program-unodc-regional-women-in-cryptocurrency-summit
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:44 MYT
POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJK HADIR PROGRAM UNODC "REGIONAL WOMEN IN CRYPTOCURRENCY SUMMIT"

Kuala Lumpur, 10 September 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf hadir ke program United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) "Regional Women In Cryptocurrency Summit" yang diadakan di Hotel Four Season by Sheraton, di sini, semalam.

Program tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.
Dato' Sri Ramli telah diberi penghormatan untuk menyampaikan "Opening Remarks" dalam program yang diadakan.

Antara intipati ucapan beliau adalah berhubung peningkatan trend jenayah menggunakan "cryptocurrency" dan perkembangan teknologi "artificial intelligence" yang pesat.
Matlamat persidangan tersebut untuk menyatukan wanita profesional dari rantau Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Syarikat dari pelbagai latar belakang untuk bersiap sedia menghadapi cabaran dunia "virtual asset" atau "cryptocurrency".

Sumber: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM

ArtikelDiterbitkan 10 Sep 2024 10.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM