
POSTING PILIHAN: PENGARAH JSJK ADAKAN LAWATAN KERJA KE KONTINJEN PERLIS
Kangar, 10 Oktober 2024 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, di sini.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Ketua Polis Perlis, SAC Baderulhisham Baharudin sebelum dibawa menandatangani buku pelawat di Bilik Orchidacea Aula, IPK Perlis.
Hadir sama, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Perlis.
Sumber: Polis Perlis