
Article
Posting Pilihan Pengarah Jsjk Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas Duta Besar Dan Wakil Tetap Malaysia Ke Pbb
Sumber: Permanent Mission of Malaysia to the United Nations
New York, 27 Jun 2024 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Besar dan Wakil Tetap Malaysia Ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tuan Yang Terutama Dato' Dr. Ahmad Faisal Muhamad di Pejabat Perwakilan Tetap ke PBB, di sini, semalam.
Kunjungan Dato' Sri Ramli bersama delegasi Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri adalah bersempena Program United Nations Chiefs of Police Summit (UNCOPS) 2024 yang telah bermula dari 26 hingga 28 Jun ini.
UNCOPS merupakan platform terbesar yang menghimpunkan para pemimpin kanan polis seluruh dunia bagi membincangkan berkenaan pengukuhan keselamatan secara global dan ancaman jenayah rentas sempadan.
Hadir sama, ACP Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) Bukit Aman, ACP Dr. Shazrin Azlin Ruslan.
Sumber: Permanent Mission of Malaysia to the United Nations