
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsj Sambut Mesra Lawatan Kerja Dato Sri Azalina Ke Cic Bukit Aman
Kuala Lumpur, 12 September 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Pengarah JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain hari ini berbesar hati menyambut lawat...
Kuala Lumpur, 12 September 2023 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Pengarah JSJ), CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain hari ini berbesar hati menyambut lawatan kerja rasmi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said ke Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dekat Persiaran Sultan Salahuddin, di sini.
Lawatan kerja tersebut bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas daripada JSJ khasnya Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) JSJ Bukit Aman dan lain-lain pihak berkepentingan untuk menambah baik Garis Panduan Khas Untuk Mengendalikan Kes Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak di Malaysia.
Bersama Dato' Sri Azalina melawat CIC tadi ialah para pegawai dari Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat, Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM, Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Bantuan Guaman, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Komunikasi dan Digital.
Yang turut hadir, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) JSJ Bukit Aman, DCP Dato' Rusdi Mohd Isa, Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) JSJ Bukit Aman, DCP Dato’ Suresh Kumar G. Suppiah, Ketua Penolong Pengarah D11, JSJ Bukit Aman, Ketua Penolong Pengarah (KPP) Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman, SAC Datuk Mohamad Zainal Hj. Abdullah, KPP Urusetia JSJ Bukit Aman, SAC Saiful Annuar Hj. Yusoff, KPP D11, JSJ Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan serta para pegawai D11 Bukit Aman.