
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jsj Adakan Lawatan Kerja Ke Balai Polis Kubang Kerian
Kota Bharu, 26 Ogos 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd. Jalil Hassan mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Kubang Kerian, Kota...
Kota Bharu, 26 Ogos 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd. Jalil Hassan mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, di sini, semalam.
Ketibaan beliau telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud bersama Ketua Polis Balai Kubang Kerian, Inspektor Khairul Anuar Rahim.
Dalam lawatan kerja tersebut, Dato’ Sri Abd. Jalil sempat beramah mesra dengan warga kerja Balai Polis Kubang Kerian sebelum dibawa melawat ke pejabat Unit K9, JSJ, Kontinjen Kelantan yang terletak di dalam perkarangan balai.
Hadir sama Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan), JSJ, Bukit Aman, DCP Dato' Rusdi Mohd Isa, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai dan warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di: