
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Sertai Program Larian Diraja Selangor Bersama Masyarakat
Shah Alam, 27 April 2026 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri bersama ribuan pesert...
Shah Alam, 27 April 2026 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri bersama ribuan peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai Program Larian Diraja Selangor bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Masyarakat sempena Peringatan Hari Polis ke-219 yang berlangsung di Elmina Lakeside Mall, di sini, semalam.
Turut berkenan menyempurnakan program tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj.
Program yang bertujuan mengeratkan hubungan antara PDRM dan masyarakat itu bagi memupuk amalan gaya hidup sihat, di samping meningkatkan kesedaran kepentingan kecergasan fizikal dalam kalangan warga pasukan serta orang awam.
Turut hadir, Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato’ Pahlawan Shazeli Dato’ Kahar, Timbalan KP Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan, Ketua JPJKK Kontinjen Selangor, SAC Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, para pegawai kanan dan pegawai rendah polis serta masyarakat setempat.
Sumber: Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM