Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Sempurnakan Perasmian Sambutan Hsn Peringkat Pdrm

Published: 12 Oct 2024 2.08 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 12 Oktober 2024 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hadir menyempurnakan perasmian sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2024 yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur (KL), di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-sempurnakan-perasmian-sambutan-hsn-peringkat-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:57 MYT
Putrajaya, 12 Oktober 2024 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hadir menyempurnakan perasmian sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tahun 2024 yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur (KL), di sini, pagi tadi.

Beliau yang hadir mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain tiba kira-kira jam 7.00 pagi telah disambut oleh Ketua Polis negeri, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa bersama timbalannya, DCP Dato' Azry Akmar Dato' Hj. Ayob sebelum dibawa ke pentas utama untuk acara pembukaan.

Pelbagai aktiviti menarik sempena sambutan HSN kali ini antaranya acara Fun Ride 20 kilometer (KM), Fun Run 5KM, Brisk Walk 3KM, Senamrobik dan Sukaneka kanak-kanak.

Tidak ketinggalan mengambil bahagian, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPK KL turut membuka pelbagai gerai jualan.

Turut hadir bersama Pengerusi PERKEP JPJKK, Datin Sarihah Jusoh, Pengerusi PERKEP IPK KL, Datin Zuraini Abdul Razak, barisan Ketua Jabatan dan warga Polis KL serta rakan media.

Sumber: Polis KL
 
ArticlePublished 12 Oct 2024 2.08 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM