
Article
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Sempurnakan Malis Pelancaran Qr Code Pencegahan Jenayah
Kangar, 14 Julai 2024 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hari ini menyempurnakan Majlis Pela...
Kangar, 14 Julai 2024 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad hari ini menyempurnakan Majlis Pelancaran ‘QR Code’ Pencegahan Jenayah di dataran bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, Persiaran Wawasan Kangar, pagi tadi.
Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Polis (KP) Perlis, DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim.
Datuk Wan Hassan dalam ucapannya berkata dengan pengenalan program tersebut ianya dapat memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat dan komuniti berkaitan jenayah yang sering berlaku sekali gus mampu meningkatkan pengetahuan mereka agar sentiasa peka dengan sebarang bentuk jenayah yang berlaku.
Program yang diadakan di Karnival Juala Agro MADANI Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti gerai jualan, pameran agensi dan kaunter pengurangan saman trafik.
Hadir sama, Timbalan KP Perlis, SAC Baderulhisham Baharudin, Ketua Pengarah FAMA Malaysia, Abdul Rashid Bahri, Pengarah FAMA Negeri Perlis, Mohd Anzara Azizan, Superintendan Kolaborasi Domestik Bahagian Kepolisan Komuniti, JPJKK Bukit Aman, Superintendan Mohd Ra’ayim Hj. Jemakir dan warga Kontinjen Perlis.