Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Rasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Dan Peluncuran Bulan Disiplin

Diterbitkan: 02 Mar 2026 1.40 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.01 PM
engarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berbesar hati merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda dan Peluncuran Bulan Disiplin bertempat di Dewan Aula Bestari, Sekolah Kebangsaan (SK) Convent (M) Kajang, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-rasmikan-majlis-watikah-pelantikan-pemimpin-muda-dan-peluncuran-bulan-disiplin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:30 MYT
Kajang, 2 Mac 2026 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berbesar hati merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda dan Peluncuran Bulan Disiplin bertempat di Dewan Aula Bestari, Sekolah Kebangsaan (SK) Convent (M) Kajang, di sini.

Majlis tersebut diadakan bagi menyempurnakan penyampaian watikah pelantikan kepada barisan kepimpinan murid bagi sesi 2026, sekali gus menjadi platform rasmi sekolah dalam memperkasa peranan pemimpin pelajar selaras dengan status Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Ketibaan beliau tadi telah disambut oleh Ketua Penolong Pengarah (Kepolisan Komuniti), JPJKK Bukit Aman, SAC Rahimi Ra’ais, Ketua JPJKK Kontinjen Selangor, SAC Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid serta Guru Besar SK Convent (M) Kajang, Puan Saluwa Harun bersama barisan pentadbir sekolah, guru-guru dan pegawai kanan polis.

ArtikelDiterbitkan 02 Mar 2026 1.40 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.01 PM