
Article
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Rasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda Dan Peluncuran Bulan Disiplin
engarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berbesar hati merasmikan Majlis Watikah Pelantika...
Kajang, 2 Mac 2026 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berbesar hati merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda dan Peluncuran Bulan Disiplin bertempat di Dewan Aula Bestari, Sekolah Kebangsaan (SK) Convent (M) Kajang, di sini.
Majlis tersebut diadakan bagi menyempurnakan penyampaian watikah pelantikan kepada barisan kepimpinan murid bagi sesi 2026, sekali gus menjadi platform rasmi sekolah dalam memperkasa peranan pemimpin pelajar selaras dengan status Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Ketibaan beliau tadi telah disambut oleh Ketua Penolong Pengarah (Kepolisan Komuniti), JPJKK Bukit Aman, SAC Rahimi Ra’ais, Ketua JPJKK Kontinjen Selangor, SAC Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid serta Guru Besar SK Convent (M) Kajang, Puan Saluwa Harun bersama barisan pentadbir sekolah, guru-guru dan pegawai kanan polis.