
Article
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Rasmikan Majlis Penutup Kejohanan Permainan Tradisional Piala Kpn 2022
Kuantan, 12 September 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti JPJKK PDRM, CP Dato’ Aidi Ismail merasmikan Majlis Penutupan Kejohana...
Kuantan, 12 September 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti JPJKK PDRM, CP Dato’ Aidi Ismail merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Permainan Tradisional Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2022 di Dewan Ibnu Khaldun, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pahang, di sini, semalam.
Berucap dalam majlis tersebut, CP Dato’ Aidi yang hadir mewakili KPN, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menzahirkan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa kerja dari Kontinjen Pahang dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia yang berjaya mengangkat semula permainan tradisi dan sukan rakyat sebagai usaha memelihara warisan budaya agar tidak terpinggir seterusnya lenyap ditelan zaman.
Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Sukan PDRM, DCP Gilberd Philip Layang, Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), Bukit Aman, ACP Nor Azman Mohd Noor, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintendan Muhammad Najib Hamzah dan barisan ketua jabatan kontinjen Pahang.
Sumber: Polis Pahang