Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Rasmikan Majlis Penutup Kejohanan Permainan Tradisional Piala Kpn 2022

Diterbitkan: 12 Sep 2022 4.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuantan, 12 September 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti JPJKK PDRM, CP Dato’ Aidi Ismail merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Permainan Tradisional Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2022 di Dewan Ibnu Khaldun, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pahang, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-rasmikan-majlis-penutup-kejohanan-permainan-tradisional-piala-kpn-2022
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 08:02 MYT
Kuantan, 12 September 2022 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti JPJKK PDRM, CP Dato’ Aidi Ismail merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Permainan Tradisional Piala Ketua Polis Negara (KPN) 2022 di Dewan Ibnu Khaldun, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Pahang, di sini, semalam.

Kejohanan yang bermula dari 8 September itu turut disertai 13 kontinjen dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan seramai 405 orang peserta telah mengambil bahagian dalam empat acara yang dipertandingkan iaitu Congkak, Dam Aji, Sepak Raga Ratus dan Batu Seremban.

Berucap dalam majlis tersebut, CP Dato’ Aidi yang hadir mewakili KPN, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menzahirkan penghargaan kepada seluruh jawatankuasa kerja dari Kontinjen Pahang dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia yang berjaya mengangkat semula permainan tradisi dan sukan rakyat sebagai usaha memelihara warisan budaya agar tidak terpinggir seterusnya lenyap ditelan zaman.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Sukan PDRM, DCP Gilberd Philip Layang, Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi), Bukit Aman, ACP Nor Azman Mohd Noor, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Superintendan Muhammad Najib Hamzah dan barisan ketua jabatan kontinjen Pahang.

Sumber: Polis Pahang

May be an image of one or more people and text that says 'MAJLIS PERASMIAN PENUTUP Kejohanan Permainan Tradisional PIALA KETUA POLIS NEGARA 2022 11 SEPT 20

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 5 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people sitting and people standing

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 7 people, people standing and indoor

May be an image of 10 people, people standing and indoor

May be an image of 10 people and people standing

May be an image of 8 people and people standing
ArtikelDiterbitkan 12 Sep 2022 4.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM