Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Rasmi Majlis Penutup Kejohanan Ragbi Dan Indoor Games Piala Kpn Tahun 2023

Published: 19 Feb 2023 2.15 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Nerus, 19 Februari 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Ragbi dan “Indoor Games” Piala KPN tahun 2023 di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-rasmi-majlis-penutup-kejohanan-ragbi-dan-indoor-games-piala-kpn-tahun-2023
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:29 MYT
Kuala Nerus, 19 Februari 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail hadir mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Ragbi dan “Indoor Games” Piala KPN tahun 2023 di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, di sini, semalam.

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari bermula dari 15 Februari lalu itu melibatkan penyertaan daripada seluruh Kontinjen Polis Diraja Malaysia.

Dalam majlis penutup, Dato' Aidi turut menyaksikan perlawanan akhir ragbi kategori “Cup” Terbuka di mana Kontinjen Kuala Lumpur dinobatkan sebagai juara menewaskan Kontinjen Bukit Aman.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato' Sri Kamarudin Md Din, Ketua Polis Terengganu selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan, DCP Dato' Rohaimi Md Isa dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang.

ArticlePublished 19 Feb 2023 2.15 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM