
Artikel
POSTING PILIHAN: PENGARAH JPJKK HADIR PROGRAM SINGGAH SAHUR BERSAMA PETUGAS MPV DAN URB
Seremban, 23 Mac 2025 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad menghadiri Program Singgah Sahur be...
Seremban, 23 Mac 2025 – Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad menghadiri Program Singgah Sahur bersama petugas Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) JPJKK Kontinjen Negeri Sembilan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, semalam.
Ketibaan beliau di pekarangan IPD Seremban telah disambut oleh Ketua Polis Daerah, ACP Mohamad Hatta Che Din sebelum dibawa menandatangani buku pelawat di lobi utama.
Program tersebut bertujuan menghargai usaha petugas barisan hadapan Polis Diraja Malaysia yang sentiasa bersiap siaga menjaga keselamatan negara.
Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan amanah, integriti dan dedikasi dalam menjalankan tugas sebagai anggota keselamatan.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato' Azman Ayob, Ketua Polis (KP) Negeri Sembilan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, Timbalan KP Negeri Sembilan, SAC Muhammad Idzam Haji Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Spanco Sdn. Bhd., Dato' Azman Hj. Idris dan Ketua Pegawai Operasi Syarikat Spanco Sdn. Bhd., Encik Mohamed Shaheeran Mohamed Jalalludin.