
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Sesi Dialog Bersama Komandan Timbalan Komandan Dan Ajutan Kor Suksis Universiti Awam
Port Dickson, 8 Disember 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail hari ini mengadakan Sesi Dialog...
Port Dickson, 8 Disember 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail hari ini mengadakan Sesi Dialog Bersama Komandan, Timbalan Komandan dan Ajutan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor SUKSIS) Universiti Awam di Lexis Hibiscus, di sini.
Majlis anjuran Sekretariat Tetap Kor SUKSIS Universiti Awam itu antaranya bertujuan mengeratkan jalinan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dan pihak sekretariat, sesuai dengan konsep mata serta telinga kepada pihak berkuasa.
Hadir sama, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato’ Azman Ayob, Ketua Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan) JPJKK Bukit Aman, SAC Azhan Abdul Halim, Komandan Kor SUKSIS Universiti Sains Islam Malaysia, ACP/KS Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Ketua JPJKK Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, ACP Mohd Zawawi Abdullah dan Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan) JPJKK Bukit Aman, ACP Dr. Parusuraman Subramaniam.