Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Pengarah Jpjkk Adakan Sesi Dialog Bersama Komandan Timbalan Komandan Dan Ajutan Kor Suksis Universiti Awam

Diterbitkan: 08 Dec 2023 2.31 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.59 PM
Port Dickson, 8 Disember 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail hari ini mengadakan Sesi Dialog Bersama Komandan, Timbalan Komandan dan Ajutan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor SUKSIS) Universiti Awam di Lexis Hibiscus, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jpjkk-adakan-sesi-dialog-bersama-komandan-timbalan-komandan-dan-ajutan-kor-suksis-universiti-awam
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:18 MYT
Port Dickson, 8 Disember 2023 - Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Sri Aidi Ismail hari ini mengadakan Sesi Dialog Bersama Komandan, Timbalan Komandan dan Ajutan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor SUKSIS) Universiti Awam di Lexis Hibiscus, di sini.

Kehadiran Dato' Sri Aidi telah disambut oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof bersama Komandan Kor SUKSIS Universiti Malaysia Kelantan merangkap Timbalan Pengerusi Sekretariat Tetap Kor SUKSIS, ACP/KS Profesor Ts. Dr. Arham Abdullah.

Majlis anjuran Sekretariat Tetap Kor SUKSIS Universiti Awam itu antaranya bertujuan mengeratkan jalinan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dan pihak sekretariat, sesuai dengan konsep mata serta telinga kepada pihak berkuasa.

Hadir sama, Timbalan Pengarah (Operasi) JPJKK Bukit Aman, DCP Dato’ Azman Ayob, Ketua Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan) JPJKK Bukit Aman, SAC Azhan Abdul Halim, Komandan Kor SUKSIS Universiti Sains Islam Malaysia, ACP/KS Profesor Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Ketua JPJKK Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, ACP Mohd Zawawi Abdullah dan Penolong Pengarah (Koordinasi Sumber Sokongan) JPJKK Bukit Aman, ACP Dr. Parusuraman Subramaniam.

ArtikelDiterbitkan 08 Dec 2023 2.31 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.59 PM