
Article
Posting Pilihan Pengarah Jlog Tinjau Balai Polis Manir Terjejas Akibat Banjir
Kuala Terengganu, 7 Mac 2022 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan hadir di Balai Polis Manir, Kuala Terengganu y...
Kuala Terengganu, 7 Mac 2022 - Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan hadir di Balai Polis Manir, Kuala Terengganu yang terjejas akibat banjir, di sini semalam.
Kehadiran beliau bersama Timbalan Pengarah (Fasiliti/Bekalan/Aset) JLog, SAC Azizee Ismail di balai berkenaan adalah untuk melihat sendiri keadaan balai dan kerosakan yang dialami bagi penyaluran peruntukan untuk membaik pulih semula premis tersebut.
Hadir sama, Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Rohaimi Md Isa, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din, Ketua JLog Terengganu, DSP Abdul Malik Megat dan warga kerja balai.
Sumber: Polis Daerah Kuala Terengganu