Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Pengarah Jlog Hadir Pelancaran Projek Pembinaan Ipd Kalabakan

Published: 03 Nov 2025 8.22 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kalabakan, 3 November 2025 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Gilberd Philip Layang hadir pelancaran projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kalabakan, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-pengarah-jlog-hadir-pelancaran-projek-pembinaan-ipd-kalabakan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:22 MYT


Kalabakan, 3 November 2025 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Gilberd Philip Layang hadir pelancaran projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kalabakan, di sini, semalam.

Majlis Pecah Tanah telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Panglima Saifuddin Nasution Ismail bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Kalabakan.

Projek pembinaan di atas tanah seluas 15 ekar milik Kumpulan Yayasan Sabah oleh PBLT Sdn. Bhd. ini akan memperkukuh keupayaan operasi polis di daerah pesat membangun Kalabakan. IPD baharu ini penting bagi menampung keperluan penduduk yang kian meningkat serta menyediakan fasiliti moden dalam zon strategik Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE), sekali gus memperkukuh kerjasama antara agensi pusat, negeri dan PDRM.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah kontinjen Sabah, SAC Datuk Azmi Abdul Rahim serta para barisan pegawai kanan kontinjen Sabah.

Posting Pilihan Pengarah Jlog Hadir Pelancaran Projek Pembinaan Ipd Kalabakan

Posting Pilihan Pengarah Jlog Hadir Pelancaran Projek Pembinaan Ipd Kalabakan

Posting Pilihan Pengarah Jlog Hadir Pelancaran Projek Pembinaan Ipd Kalabakan

Posting Pilihan Pengarah Jlog Hadir Pelancaran Projek Pembinaan Ipd Kalabakan

May be an image of text

Posting Pilihan Pengarah Jlog Hadir Pelancaran Projek Pembinaan Ipd Kalabakan
ArticlePublished 03 Nov 2025 8.22 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM