
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jlog Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Melaka
Melaka, 31 Mei 2025 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan telah mengadakan lawatan kerja ke atas Ketua Polis (KP)...
Melaka, 31 Mei 2025 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan telah mengadakan lawatan kerja ke atas Ketua Polis (KP) Melaka, DCP Dato' Dzulkhairi Mokhtar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini semalam.
Lawatan itu bersempena perjumpaan dan penyampaian amanat kepada seluruh warga JLog Kontinjen Melaka. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan surat penghargaan kepada warga kerja Kontinjen Melaka yang menunjukkan mutu kerja serta mempamerkan khidmat bakti yang cemerlang sepanjang menjalankan tugas.
Turut hadir, Timbalan KP Melaka, SAC Ahmad Jefferi Abdullah dan Timbalan Pengarah (Kewangan/Perolehan/Kepolisan Am), JLog Bukit Aman, SAC Rohana Abdul Rahman.