
Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jlog Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Kedah
Kedah, 6 Jun 2025 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan telah mengadakan lawatan kerja ke atas Ketua Polis (KP) K...
Kedah, 6 Jun 2025 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan telah mengadakan lawatan kerja ke atas Ketua Polis (KP) Kedah, CP Dato' Fisol Salleh di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini semalam.
Lawatan itu bersempena perjumpaan dan penyampaian amanat kepada seluruh warga JLog Kontinjen Kedah. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan surat penghargaan kepada warga kerja Kontinjen Kedah yang menunjukkan mutu kerja serta mempamerkan khidmat bakti yang cemerlang sepanjang menjalankan tugas.
Turut hadir, Timbalan KP Kedah, DCP Adzli Abu Shah, Ketua Penolong Pengarah Telekomunikasi Sistem Maklumat, SAC Redzuan Abd Hamid dan Ketua JLog IPK Kedah, Superintenden Hamdan Edwin@Kamarudin.




