Artikel
Posting Pilihan Pengarah Jlog Adakan Lawatan Kerja Ke Balai Polis Karak
Bentong, 13 September 2023 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan telah mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Ka...
Bentong, 13 September 2023 – Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog), CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan telah mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Karak, di sini semalam.
Lawatan beliau ke balai berkenaan adalah bertujuan menghadiri taklimat perbelanjaan prasarana pusat operasi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangi di daerah tersebut.
Turut hadir Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman, Ketua Penolong Pengarah JLog Bukit Aman, ACP Wan Zaki Wan Arshad, Penolong Pengarah (Telekomunikasi), JLog Bukit Aman, ACP Basri Abu Bakar dan barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Pahang.
Sumber: POLIS Bentong